Nice

Nice

Thursday, April 5, 2012

SHIROOOO... STOP!!!!

Shiro tu nama hamster yang aku jaga buat sementara waktu. Macam xbest la kan kalau aku tak letak gambar dia tidur paling comel kan.

 Memang dia tidur macam ni la. Macam kucing pun ada gak. Tapi dia species tikus kacuk arnab. Lagi sekor pun tidur macam ni jugak.

Yang ni species tikus baka tupai. Yang atas tu nama shiro(putih) and yang dibawah ni nama dia gila panjang tapi aku panggil dia cici ja. oleh sebab shiro adalah species arnab jadi dia macam arnab la. Mata warna merah, badan putih tapi telinga dia warna kelabu. Sangatlah aktif di waktu malam sampai tiap-tiap malam aku terpaksa paksa dia tidur dengan cara aku yang tidur. haha. Shiro dan cici sangat suka menggerik iaitu genetik yg dapat dari seekor tikus. Cici memang makan tidur, mandi tidur, main tidur dalam erti kata lain "jangan la ganggu dia". Cici memang aktif menggerik tangan manusia terutama waktu dia nampak comel seperti didalam gambar. Shiro lain, selagi ada makanan dia tak kisah walaupun di penyek. Cici ada rumah yang sangat besar bagi spesis dia la kesian shiro ada rumah yang kecil. oleh itu, aku telah berjaya tukar rumah dua ekor hamster ni dengan jayanya. Cici tak kisah rumah yang lebih kecil asalkan ada benda exercise hamster tu padahal benda tu shiro punya tapi shiro dah tak mampu nak berlari atas benda tu sebab dia dah gila gemuk.
Sebenarnya aku nak ucapkan selamat masuk rumah baru kepada Shiro dan Cici yang akan ditinggalkan pada minggu hadapan. Semoga anda cukup makan dan tidur di sana. Aku bayar tau, kalau tuan kedai tu tak bagi korang makan boleh saman tu, babai Shiro, Cici, gonna miss u if i have enough time,huhu..

No comments:

Post a Comment