Nice

Nice

Wednesday, March 21, 2012

LiBrArY = PerPusTakAan


Waauu.. Sebelum upload gambar ni tak perasan ada bayangan hitam kat belakang tu so, abaikan. Sebenarnya harini nak cerita pasal perpustakaan so, kepada hadirin yang berada didalam gambar harap maklum, ini bukan cerita menjual gambar anda untuk melariskan produk,haha. Lawak ja,jangan terasa, kalau terasa jugak, mintak maaf bebanyak. Pernah tak terfikir sepanjang penghasilan blog post aku yang ke 30 ni (Tahniah!!!), semua gambar yang aku upload totally from my laptop. Makna nya aku upload gambar yang tak boleh dan tak ada yang berkongsi dengan encik google. Sebab pada pendapat aku, kalau aku upload gambar yang boleh di search kat google baik le korang upload sendiri, jimat masa aku kan, just link ke gamba tu ja. Paham ka? Aku pun tak paham apa kaitan library dengan gambar plak ni. 

Berbalik kepada tajuk harini iaitu perpustakaan. Tadi tengah chat dengan kawan aku kat FB tetiba dia mention dia kat library so, secara langsungnya dalam kepala otak aku teringat zaman aku suka masuk library (sebelum 2012). Muka aku tak macam muka orang suka ke library ka? Ada la sikit kan. Tapi memang tak dapat nak dinafikan library la tempat berjuta kenangan yang aku ada. Ala, zaman cikgu xsempat nak masuk kelas so suruh(paksa) student masuk library, study sendiri, cari maklumat la kebenda la. Lastly kita masuk buat bising,haha. Korang tak mengalaminya kah? Ruginya. Tak pa belum terlambat lagi ni. Dengan syarat baca la post aku ni sampai tanda noktah yang terakhir. Lepas ni boleh la korang cerita apa korang buat dalam library tanpa perlu masuk library. I don't mind korang guna cerita aku asalkan tak ubah sebarang kenyataan.

Punya la panjang cerita tak start jugak. Sabar la,nak fresh kepala otak dengan perpustakaan. Zaman sekolah rendah, aku memang dilantik jadi pengawas pusat sumber sebelum jadi pengawas sekolah. Aku bertugas setiap hari...... tak ingat la tapi aku suka hari rabu jadi, anggap la aku bertugas hari rabu. Kenapa aku suka hari rabu? Sebab kalau tak silap hari rabu adalah hari kokorikulum. Apa yang spesial nya library sekolah rendah ni? Ha, library ni terletak di bangunan baru, tingkat 3(tingkat teratas), sebelah bilik bahasa kot. Tak berapa clear dah memory sekolah rendah ni. Kelas aku tigkat 2, tingkat 1 bilik guru segala guru. Aras bawah dewan sekolah. Dekat bangunan ni ada kelas untuk darjah 4, 5 dengan 6 ja. Library ni agak seram la sebab dah la tingkat atas sekali, sejuk (ada air-cond padahal tepi ladang getah ja, naturally dah sejuk) dan tak dak rupa sebuah library lagi. Kenangan yang paling aku ingat dekat library sekolah rendah kami tengok drama siam yang ter-femes masa tu The princess ramai-ramai sekali ngan cikgu library. Cikgu library ni special, aku ingat sampai sekarang. Nama dia Ridzuan dan berasal dari Perak Darul Ridzuan. Haha. 

Habis library zaman sekolah rendah. Zaman sekolah menengah aku ada dua sekolah. Satu sekolah dari form 1 sampai form 3. Lagi satu form 4 dengan form 5 ja. sekolah menengah pertama aku memang the best la. library dia ada nama sendiri. kami memang tak sebut library ataupun perpustakaan. Tapi kami panggil dia PUSPA, cam nama lagu kan tapi caya la nama ni library tu guna dulu sebelum lagu tajuk tu ter-femes. PUSPA ni style sikit. Pintu pagar dia bukan grill yang selalunya library ada tapi pintu dia cam kedai runcit yang jenis slide tu. Kasut yang ditanggal kena susun comel-comel. Zaman sekolah ni aku student biasa ja. Pada satu hari, aku rajin membaca novel dan terbawa masuk kedalam library tu. Yang herannya library ni cikgu dia memang tak mengajar mana-mana kelas agaknya. 24 jam dalam library ja. Masa on the way keluar dari PUSPA tu tetiba cikgu tu panggil aku n seorang lagi kawan sekelas. Ingat kan sebab kantoi apa rupanya nak merampas novel aku tengah baca tu. Dah la tengah baca part kemuncak. Hampeh punya cikgu, bukannya nak menggalakkan student membaca tapi rampas pulak sumber membaca. Yang paling geram cara dia merampas novel tu. Memang tak dapat nak dimaafkan. Nama cikgu tu Zainab Omar,memang ingat sampai bila-bila. Pastu dia hukum kami dengan cara menyimpan novel untuk satu tempoh. Lastly aku tak ingat macam mana aku dapat balik novel tu. haha. 

Zaman sekolah menengah kedua plak aku jarang masuk library kecuali hari aku bertugas. Istimewanya library ni adalah masih menggunakan sign board pusat sumber. Library ni la yang paling malas aku nak buka kasut sebab tempat ni ja kena buka kasut. Pastu ada pulak la adegan tertukar kasut. Setakat sebelah besar sebelah kecik tu normal la. Pusat sumber ni tingkat satu, bangunan warna hijau sekolah tu(banyak bangunan sangat). Tingkat paling atas kelas aku n the gang masa form 5. Masa form 5 kalau panas cikgu akan booking library untuk kelas. Best kan.... tido. haha. Memang zaman sekolah terkenal dengan tidur dan library adalah the best place sebab sejuk dan senyap. Tapi tak pernah pulak aku tidur dalam library. 

Zaman kemuncak dan paling banyak memory dalam library adalah zaman kolej. Kat tempat letak beg library pun ada kisah. Nak start dengan yang mana satu ni. Ha, kisah FB paling best. Langkah ja red carpet library tu korang akan nampak pekerja library sesedap rasa tengah berFB. Jeles kot. Jeling kat pekerja tu, dia pun pandang kita. Sekadar nak check pakai kad matrik dan pakaian formal ja pastu dia layan FB balik. Dekat tempat letak beg selalunya ada guard jaga kecuali waktu rehat. Haha, waktu sesak library adalah waktu rehat sebab panas satu hal, tutorial tak siap lagi satu hal tambah lagi discussion lab report tak tahu nak hentam apa dan masa ni lah nak serbu tempat fotokopi library yang jual macam-macam note. Itu kalau waktu siang. Malam nye lain cerita. Library ni kalau malam macam nak bawak selimut,sejuk kot. Bila sejuk kita kena la panaskan badan dengan makan. Paling effective makanlah 'nuts'. Padahal makanan dan minuman adalah di larang. Dah makan nuts mesti la dahaga kan so bawak ja apa korang nak telan asalkan tak kantoi. Yang paling kelakar...... pada satu hari yang sangat busy(tak pasti la aku buat apa) aku pun teramat la busy dengar lagu sambil buat kerja. Tetiba henfon jatuh ke bawah kerusi. Aku ingat slow ja bunyi nya. Tetiba semua orang pandang aku. Aku buat muka Patrick bestfriend spongebob. Lepas diorang tak pandang aku baru aku kutip henfon tu, buat malu ja henfon ni. Aku dengar macam slow(dgr lagu mp3 player) ja tapi heran sampai harini, kenapa diorang pandang macam aku terkentut yang berbunyi masa tu?

Ngantuknya, Setakat ni ja la. Babai.



No comments:

Post a Comment