I just finished my writing so no English for today( vocab BI dh gone someway2).
Oleh kerana free space dalam laptop dah semakin berkurang terpaksalah men-delete beberapa file dan masa itu lah aku terjumpa beberapa gambar yang ingin di kongsi diruangan ini. kekadang terfikir, kenapa rasa skema jikalau menggunakan bahasa melayu yang sebenar tetapi tidak berasa janggal sekiranya menggunakan bahasa inggeris yang tiada salah tatabahasa mahupun ejaan, malah berbangga kerana menggunakan bahasa inggeris yang tepat? Tepuk dada tanyalah selera. Kisahkah sekiranya saya menggunakan bahasa melayu sebenar? Lain kali saya gunakan bahasa jiwa bangsa kita. hari ini adalah hari free writing.
Harini nak post gamba dari zaman sekolah sampai zaman sekarang tp gambar sem lepas la. sem 2 ni belum sempat masuk kan kedalam laptop berikutan terlupa nak bawak a.k.a tertinggal USB kat rumah. gambar yang pertama :
Ini gamba masa zaman sekolah kt astech. Masihkah kau ingat? Ok la tu. Aku pun xbrapa nampak muka kan. Dikira fair la semua muka cam tut...... haha. Kisah disebalik gamba sebenarnya ada jamuan makan buah-buahan tempatan tanpa diberi sebarang peralatan untuk mengopek durian. Atas kekreatifiti semua penghuni dorm f_, akhirnya mereka berjaya memakan isi durian yang berada didalam kulit durian yang agak berduri. Tahniah diucapkan.Tapi ada seseorang hilang atau tidak berada didalam gambar ini. Bukan sahaja sebab dia sedang mengambil gambar tapi more to sebab dia tak makan durian haahaa. Orang tu tengah senyum sorang-sorang.
Gambar seterusnya:
Bilakah gambar ini diambil? I have no idea. Serius tak perasan langsung. I miss this placed. inilah gambar masa zaman matrikku. Ni gamba dalam bilik tuto masa minggu study week. Kepada yang tak pernah rasa matrik, inilah yang budak2 matrik buat masa mggu study week. For your info sepanjang study week (1week) kami semua memang tidak dibenarkan balik rumah kecuali kes kecemasan yang teramat serius dan tidak dibenarkan outing(i think,lost memory about study week). Pandai orang yang ambek gambar ni. Nampak sangat aku rajin membelek buku. Padahal aku selak selak dan selak. Habis aku selak buku tutup dan makan sampai waktu tok makan. haha. Gambar ni jugak menyimpan kenangan kasut sukan kesayangan. Jam tangan kesayangan. Yang tengah tekun menulis tu nama dia hazwani (baik, comel, rajin, disiplin n friend to tudung pink). Yang pakai tudung pink nama dia masnita. Zaman ni aku dok igt kekasih ku seru lg so, kami memang panggil dia mas. Dia org kedah. Pasaipa aku mention pasal depa? Sebab depa la geng aku tp depa tuto len. Aku h3t20a n depa h3t20b. Yang lain-lain ni semua classmate tuto aku la. Masa zaman matrik ni aku suka seseorang tapi jadi dua org sebab seseorang tu ada kembar seiras. Aku gila sebulan sebab si kembar seiras ni tapi hensem. hihi. Gambar seterusnya:
Ni pun gambar di zaman matrikku tapi ni versi reramai. Kakak yang sebelah huda (baju biru tudung putih,student UM skrg) dah kahwin lepas matrik tahun lepas bulan jun. Sekarang dia ngan husband tercinta kat london. Sapa huda? Huda pun my geng jgk. classmate tuto h3t20a. masa lecture mate adalah yang paling kritikal sebab kena bagi perhatian yang mantap So, dia selalu duduk kerusi sebelah aku dan selalu beli vita-c fevret saye. Oh, i miss this girl. Yang lain pun rindu tapi.... ok,next:
Well, inilah batu di tanjung batu bintulu sarawak. Ni gamba sem lepas. First time turun tanjung batu with my new friends. Dalam gamba ni semua gambar kawan yang aku kawan rapat-rapat sampai sekarang. yang tak berpaling tu jiran sebelah aku sekarang dan yang terapat ngan aku. Nama dia Tiara. Aku kadang-kadang jeles ngan dia sebab semua orang sarawak akan cakap dia cantik bila dia keluar ngan aku (memang dia akan keluar ngan aku ja). Then nak cover line kata kami adik beradik,hampeh tul. Seterusnya Diana (kedah to selangor) yang muka macam Linda Salam(sesat), Fify(johor), me(kedah), Ipah(ganu) and Wani yang berasal dari kedah,pendang. Aku rasa aku macam tunggul kayu dalam gambar ni tapi aku suka sebab aku ditengah, haha. Masa ni aku bwak beg tapi dimanakah beg.Ok, satu2 nya gamba aku yang tak nampak beg aku bawak,TAhniah! next:
Ini adalah gamba bersama kawan kedua terapat aku. Aku rapat ngan dia sebab dialah yang mengajor aku main tennis. Masa ni sebenarnya gambar tengah lapor. Tunggu ayam BBQ tak siap lagi. Tapi aku memang suka ayam BBQ masa kat matrik dulu. Lagi happening and macam adik beradik(close to each other). Masa ni cuti tengah sem1 so, ramai jugak la yang tak balik.
Ok, thats all. Aku sebenarnya tengah tunggu roti ni. Roti oh Roti bila kau nak muncul. Aku lapor ni. Tengah ingat BBQ zaman matrik pulak kan, lagi la lapor. K,chaow.





weh..ang kata kat aku!! memang aku tgh senyum sorg2 pon after baca.. mcm taw2 ja aku nak baca entry ni
ReplyDeletehahahaahahahahaha.. hari jumaat memang firasat aku kuat sikit. kuang kuang kuang.
ReplyDelete