KK memang berbeza teramat sangat dengan tempat-tempat lain. setelah sejam 15minit tgk ja pantai dari atas kapal tetiba kapai turun kat tengah laut. Ingat kan mendarat atas laut rupe nye lapangan terbang dia memang tepi laut. Dalam 10 km dari laut la(bukan ukuran sebenar sebab masa lapangan terbang di usulkan saya tak terlibat). Memang aku teramat lah kera dapat bunga waktu tu. Rasa macam nak lari dan terus berenang-renang ke pulau-pulau yang memang nampak ja dekat. hihi, yang lawak antarabangsanya aku tak tau jalan nak masuk ke dalam airport. hihi, memang memalukan. Pastu dah jumpak tangga masuk ke dalam airport aku terus masuk toilet. Ini serius, kalau naik MASwing memang wajib g toilet(sejuk, ada kabus dalam kapai). Keluar ja toilet baru terfikir mana jalan keluar ni. hahahahaha. Memang lawak antarabangsa la. Aku pun buat muka macam VVIP g tanya kaunter tempat VVIP tunggu flight. Makcik(hormat sikit) tu pun terkejut tengok aku muncul kat situ tanya kat mana aku nak ambek bagasi????!!! haha. Rupanya airport KK adalah KK international airport. Besar tapi tak paham betul sebab pa AirAsia di bahagian bangunan gila macam bus station zaman 80-an ja.
Inilah KKIA. Gamba tak clear sebab atas bas masa ni. Ada mamat dok buat pelik plak. Tau la kamu itu org sabah. apa kamu fikir aku orang sabah ba. nak lagi clear search lah sendiri.
Dah habis besar ni. Nampak tak Airasia tengah parking? Itu la tempat Airasia. Macam bus station kan? Maap la bahasa aku malam ni memang tak diiktiraf di dewan pustaka sebab dok tengah fikir bantai busuk yang dah 5 hari tak di peluk. Nak bawak pun takot mengganggu kapten kapai, hihi.
Inilah gambar chimney di labuan. Itulah gambar-gambar yang sempat di snap sepanjang 5 hari di Sabah. kalau nak cerita semua memang la upah orang tok typing.
funny story : sekiranya berlaku kecemasan sila tanggalkan kasut tumit tinggi anda walaupun harganya mahal.-manalah tahu sekiranya berlaku kecemasan. ye, aku gelak setiap kali masuk MASwing and skrin langkah keselamatan TV ( dia cakap benda diatas) di on. Kapten harini hensem, iman dia. asyik sebut insyaAllah. tapi kesian kapten sorang-sorang ja harini so, dia boleh announce masa 30mnit pertama ja. erm...




No comments:
Post a Comment