Nice

Nice

Thursday, January 12, 2012

aku ja tau..

Malam ni aku nak kongsi sakit yang aku tanggung sekarang tapi disebabkan lagi 2 hari dah nak balik rumah aku buat keputusan tak mau jumpak doktor. Harini masuk hari ketiga aku sakit bahu. sebab nya terpaksa la bagitau kat sini sebab mata orang dok baca ni dah terbukak luas. cerita nya camni....


Pada hari selasa, berikutan toilet terkunci dari dalam oleh angin, aku menumpang toilet orang, memang dah nasib aku di minggu exam kot sebab selalunya aku demam tapi exam ni aku sihat. ok, sebenarnya di petang yang agak redup tu aku jalan menuju ke shower. Tetiba, selipar lincin, terussssssss kedebuuppp... tgk belakang. ok,tak sesapa, bangun dengan sakit buntut, mandi paling singkat. Terus masuk bilik. keesokan harinya... aduh,sakit la pulak tangan aku. Niat di hati nak jumpak doktor, oleh sebab ruang waktu sebelum jumpa doktor tu lama tak jadi nak g jumpa doktor. Pada hari rabu aku makan nasi guna camca(sudu) tapi first time makan guna tangan kiri. hahaha, rasa cam nasi tak masuk dalam mulut pun tapi lapo makan jugak. Malam khamis jiran sebelah ada suggest minyak mustika so aku pun try, memang mujarab. pagi ni dengan semangat yang masih ada aku pun g jawab exam. Tak sangka pulak soalan banyak yang membawa maksud jawapan pun banyak jugak. Setengah jam jawab exam, tangan ni pun gatai rasa sakit, harap-harap lecturer berkenaan paham la apa aku tulis jawapan tok soalan last-last tuh. Hihi,ada orang tanya tangan kena apa, tapi aku malu nak cakap aku jatuh toilet sebab seterusnya orang berkenaan akan tanya bila masa jatuh toilet sebelum dia pun gelakkan aku. huh...

p/s: kalau jatuh toilet cepat-cepat jumpak doktor. walaupun dr akan kata NOTHING!.. take this medicine and you may go now..

2 comments: